Monday, March 5, 2018

Stress! jerawat

Hai semua.

I nak share beberapa produk yang I rasa boleh digunakan untuk pulihkan muka yang breakout. I tak cakap produk yang I gunakan ini terlalu terbaik or what so ever sebab bagi I setiap satu produk yang kita gunakan pasti ada baik dan buruk. Tapi inilah produk yang I rasa terbaik yang sesuai pada I dan Alhamdulillah sebab dah berjaya pulihkan muka I yang teruk beberapa bulan yang lepas. (nanti I buat entry lain kenapa muka tiba-tiba breakout. okayy?)

Mula-mula sekali bila muka dah naik jerawat yang banyak dan tak terkawal I terus jumpa dengan pakar kulit Klinik Suzana untuk minta consultation dan dia bagi set skincare dan 3 papan pil antibiotik. I makan pil tu tak habis pun sepapan. Adalah dalam tempoh lapan hari macam tu I amalkan. I jenis tak makan ubat-ubatan jenis kapsul sebab risau (hahaha - i suka fikir bukan-bukan). Masa dia consult you, dia akan suggest pelbagai rawatan antaranya peeling treatment. You can decide nak cuba atau tidak tapi masa I, I tolak sebab memikirkan faktor kewangan. Dia ada bagitahu kalau tak buat peeling ubat yang dia bagi mungkin tak berkesan. But I teruskan juga without peeling 😝.



Dalam set ini disertakan sabun pencuci muka, toner, krim siang dan krim malam. Sabun tu you boleh potong beberapa bahagian yang you nak dan pakai sikit-sikit. Pengalaman I, I cuma pakai 2 ketul kecik je dan dah nampak kesannya. Satu set ini berharga RM150 berserta sunblock (I request sunblock) untuk protect muka I semasa keluar rumah since dia kata tak boleh pakai produk lain semasa pakai skincare ini. So dia bagi juga 2 botol kecik jenama Eucerin.


Masa I pakai skincare klinik ini, memang I puas hati sangat-sangat sebab jerawat makin kecut. Tapi yang tak bestnya dia buat muka kita jadi sangat-sangat kering. You imagine lah kan, I tak pakai apa-apa foundation kat muka cuma tepek sunblock yang tak ada colour. Sangat lah buruk muka I waktu itu. Tapi tanpa sedar I dah pakai almost sebulan setengah macam tu. Then I buat keputusan untuk tukar/cari produk lain. Lagipun muka I waktu itu dah semakin okay. I ada juga terfikir sampai bila nak teruskan pakai ubat klinik. Let say kalau I travel mana-mana then I terlupa bawa skincare, Ohh susah nak cari dekat drugstore. Ingin ditegaskan, I stop bukan sebab produk tu tak bagus tetapi sebab kurang mesra farmasi.

Then, masa I stop pakai ubat klinik tu, muka I naik balik jerawat seketul dua. Then I try pakai on off bila perlu. Dalam tempoh on off tu I cari produk lain yang mesra farmasi. I dicadangkan oleh kawan untuk cuba Dalacin-T. Sebabkan I tak jumpa Dalacin-T kat farmasi (habis stok katanya), jadi I beli Benzac AC 5%. Function dia sama macam Dalacin-T. I beli dekat Redcap Farmasy dengan harga RM11 macam tu. I apply kat tempat jerawat dan Alhamdulillah sangat berkesan. I masih menggunakannya sehingga hari ini (masuk bekas kedua - jerawat manja selalu muncul). Untuk makluman, Benzac ni pun boleh buat kulit jadi kering. Jadi pemakaiannya bila perlu sahaja ya. 


Then dalam masa yang sama I diperkenalkan dengan produk Aiken Tea Tree Oil. I sangat teruja untuk cuba sebab I lihat sendiri kesannya pada muka kawan I. Hanganya pula sangat berpatutan. I pakai pencuci muka, toner dan moisturizer. I baru pakai dalam sebulan macam tu dan Alhamdulillah muka I kembali tenang dari anasir-anasir (jerawat) ini. 


Oh ya, I tak dapat nak tepek muka I yang breakout untuk mengukuhkan testimoni I. I down giler masa muka I breakout. Nak bergambar untuk tatapan sendiri pun rasa takut inikan pula untuk tatapan you. Lagipula I tak berniat nak buat review produk masa cuba produk-produk ini, (kalau tahu nak buat review, dah lama ambil gambar) cuma hari ini I tergerak hati untuk share. *Semoga bermanfaat.

Jadi, I harap produk-produk dan alternatif yang I cadangkan di atas membantu you membuat keputusan dengan bijak. I ada terbaca dekat satu blog ni, dia kata kalau muka jerawat memang perlu mencuba pelbagai produk untuk melihat dan mengenali produk yang paling sesuai dengan kulit muka kita. Sebabnya tak semua produk yang bagus pada orang lain, bagus juga untuk kulit muka you. So. selamat mencuba! 💕


 
Images by Freepik