Tuesday, August 18, 2020

My current skin care (2020) - Combination skin

As salammualaikum semua. 

Apa khabar tu? Harap-harap semua sihat hendakNya. Aku doakan semuanya dalam lindungan Allah swt dan dijauhkan dari wabak Covid-19 ini. Allahumma Amin..

Fuh! Nak dekat setahun juga kan aku tak update apa-apa dekat blog ini? huhu. Janji tinggal janji. Kengkonon dulu nak kekal istiqomah dalam dunia blogging ini. Last-last ke laut dalam perginya. Aku kagum betul dengan orang-orang yang rajin menaip/menulis ni dengan idea yang kebaboom bagai mencurah-curah ke ladang gandum.. Macam mana ea korang boleh banyak idea nak berkarya dan nak kekalkan momentum menulis/menaip? Ada tips tak?.. hihihi.. Tapi takpe lah, aku cuba lagi ok?

Ok, kita tak nak panjangkan cerita yang tak berapa nak panjang ni. Takutlah kalau-kalau melalut lebih-lebih, jadi panjang pula kan? haa, kan dah panjang ni. hihi. 

Ok2, fokus.. Kalau korang mengikuti perjalanan kisah muka break out aku (boleh baca sini), inilah update terkini muka aku untuk tahun 2020.. Teruja tak?? sebut "terujaa" pleaseeeee. Hahaha. Bukan apa, kali ini aku dengan beraninya nak tunjuk muka aku yang break out dulu untuk tatapan korang. Dengan harapan, bila korang tengok gambar ini, korang rasa termotivasi dan tak berhenti untuk mencari produk yang sesuai dengan muka korang. Ya, aku faham.. kadang-kadang korang akan rasa putus asa, moody, nak menangis memikirkan bila benda ini akan berkesudahan. Tapi percayalah, sooner or later, In sya Allah akan sembuh.

So, for my current skin care, aku masih lagi menggunakan produk-produk dari Simple seperti micellar cleansing water, cleansing oil dan facial wash gel (boleh baca sini). Alhamdulillah, muka aku makin baik. Kadang-kadang tu tumbuh jerawat juga, tapi dah tak teruk macam dulu. 


Yang bawah ini pula ialah gambar-gambar dari tahun 2018 yang aku nak kongsikan dengan korang.. Ikutkan ada lagi teruk iaitu tahun 2017, tapi tak simpan gambarnya or tak ambil gambar waktu itu sebab tak berani nak tengok muka sendiri masa tu. huhu~~




Dan yang bawah ini pula ialah selepas muka dah sembuh dari jerawat. Happy me~



Sajalah aku nak share tips pada korang untuk tak nak ada jerawat kat muka. Tips ini nampak macam main-main, tapi ada kebenarannya juga,

1) Jangan tengok muka orang yang ada jerawat, cepat-cepat lah pandang benda lain.

2) Jangan mengata muka orang depan-depan. Contohnya: “eh, sisturr. kenapa teruk sangat jerawat tu.?” “cuba pakai produk ini, itu dan bla bla bla” dan;

3) Jangan mengata muka orang dalam hati. Contohnya: terskroll kat IG or FB muka orang yang berjerawat. “eh takotnya tengok muka dia”.

Sebab end up dia akan terkena kat muka sendiri. believe me 🤦🏻‍♀️💁🏻‍♀️🤷🏻‍♀️. Sebab aku sejenis yang nombor 1,2 and 3. And aku percaya salah satu punca muka aku breakout sebab inilah 😆😂

ohh ya.. yang no 4) Jangan pandai-pandai bagi nasihat / tips pasal jerawat. sebab tak esok or lusa or malam ni confirm akan naik jerawat. sebab aku pun sejenis yang nombor 4. confiden bagi tips kat orang, esok-esok naik jerawat. haha 😆

Apa-apapun, aku doakan semoga korang yang sedang struggle dengan masalah break out segera jumpa jalan penyelesaian. Amin.. Doakan untuk aku juga k, supaya tak berdepan dengan masalah ini lagi.. Apa-apa pun, jangan putus asa okay untuk cari produk yang bersesuaian dengan muka you. Semoga berjumpa lagi. Bye!
 
Images by Freepik