Sihat semuanya? hihi.. It has been a while, and today I feel like blogging again.
Okay, entry kali ini adalah sambungan kepada posting I yang lepas berkenaan
muka breakout. Seriously, until now I tak dapat jumpa punca kenapa muka I
pernah breakout dulu.. I breakout for almost a year kot (Nov, 2017 until Nov, 2018).
Jerawat tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Lepas satu, satu.. fuh! menangiss.
But, alhamdulillah sekarang muka I getting better and much better.
Kalau you rajin baca or google, mesti you akan jumpa pelbagai tips dan yang
paling famous ialah The 10 Step Korean Skin Care Routine. Yup! Itu yang I sedang
amalkan. Tapi I tidaklah amalkan sampai 10 steps. I buat mana yang mampu je.
huhuhu. Konklusi yang I boleh buat hasil penelitian dan pembacaan I, perkara
paling basic nak jaga muka ialah first, kita kena cuci muka sebersih-bersihnya
setiap hari (bukan setiap saat ya), and kedua, tahu jenis produk yang sesuai
dengan jenis kulit muka kita. Macam mana nak tahu? Yep, melalui pembacaan ya
kawan-kawan. I sangat berterima kasih kepada Iman Abdul Rahim sebab blog dia
sangat-sangat membantu. #recommended!
Sebelum I ceritakan lebih lanjut tentang my skin care routine, I nak share
with all, satu produk best yang I pernah guna.. Actually, lepas sebulan I pakai
produk Aiken Tea Tree Oil, I bertukar kepada produk lain. Haha. I diperkenalkan
dengan kawan untuk guna Teen Derm Gel (ISIS Pharma), beli kat farmasi. Excitednya
nak cerita kat sini, produk ni sangat-sangat-sangat memberangsangkan. I pakai
dalam seminggu, terus nampak kesan. Kalau sebelum ni, jerawat kat muka tumbuh macam
cendawan tapi kali ini jerawat hilang satu persatu. Nak cakap muka bersih dari
jerawat tu tidak juga, sebab ada juga jerawat manja yang timbul sikit-sikit
tapi tidak terlalu banyak/teruk yang boleh buat I stress.. I sempat pakai
sampai botol kedua then nak cari lagi dah tak jumpa. Bila ditanya, orang
farmasi cakap produk ini tidak lagi dikeluarkan oleh syarikatnya. I pun tak
tahu kenapa. Kalau siapa-siapa tahu ada produk ini kat pasaran, do let me know
yah. Semestinya, I akan beli.
sumber : google
Okay, back to my basic skincare routine.
First things first. You kena tahu produk apa yang bersesuaian dengan kulit
muka you dan sematkan dalam minda yang you kena cuci muka dengan bersih bermula
dari bangun tidur, sehinggalah sebelum nak masuk tidur. Jadi, untuk amalan
seharian pada waktu pagi, I akan lap muka dengan Micellar Cleansing Water dari
Simple guna cotton pad. Next, baru I cuci muka guna Facial Wash Gel dari
Simple. I mulakan amalan pencucian muka dengan dua produk ni sahaja masa
awal-awal. Tak tambah benda lain sebab takut tumbuh jerawat (maksud tak tambah
benda lain ialah tak pakai toner, mosturizer, sunblock). I amalkan for almost 2
or 3 weeks. Untuk pencucian muka pada waktu malam, selalunya lepas balik kerja
or sebelum tidur I akan tambahkan Hydrating Cleansing Oil juga dari jenama
Simple. Stepnya, micellar cleansing water > cleansing oil > facial wash
gel.
sumber : google
Lepas muka I dah makin okay dan kembali normal.
Baru I berjinak jinak cari tambahan produk lain. I rasa macam tak lengkap kalau
tak tambah. Haha. Jadi, I mulakan dengan tambah mosturizer. I guna mosturizer Aiken
Tea Tree Oil (since I pernah pakai sebelum ni, jadi I tak beli baru dan guna
produk yang masih ada di rumah). I guna mosturizer ini for almost 2 or 3 weeks.
Lepas dah berpuas hati sebab jerawat tak tumbuh, I tambah pula sunblock dalam my
basic skincare routine. Rasanya semua sedia maklum yang kita wajib pakai
sunscreen/sunblock everyday.. lagi-lagi dengan cuaca di negara kita yang panas
berdenting ting ting. Sunblock ni fungsinya bukan semata-mata nak halang cahaya
matahari, tapi juga berfungsi melambatkan penuaan, kedutan kat muka, kawal pigmentation,
jeragat, jerawat dan yang paling bahaya mengelakkan kanser kulit. Jadi, I guna
sunblock, BB tinted treatment 12-hour primer Broad Spectrum SPF 30 sunscreen
shade Medium. I guna sunblock ni as my light foundation. Kalau pergi kerja or
ke kedai wajib pakai.
sumber : google
Lepas I dah yakin sekali lagi yang selepas guna
mosturizer dengan sunblock tak naikkan jerawat kat muka, baru I cari produk
lain sebagai tambahan basic skincare iaitu toner, Pixi Glow Tonic. I pakai
toner ini dengan harapan ia boleh hilangkan parut jerawat, selain nak bagi muka
nampak glowing (I baca review, dia cakap macam tu. Haha). Tapi kan, disarankan
jangan guna toner ini kalau muka you tengah sarat dengan jerawat. Dikhuatiri
boleh memarakkan lagi jerawat kat muka tu. Sebab setahu I, toner ini untuk
memudarkan parut jerawat dan bukan untuk mengawal jerawat.
So, here is my acne journey and how I cleared my
skin since January 2019 until present. Apa-apa pun, I bersyukur sangat-sangat yang
semua produk yang I pakai ni berkesan dengan kulit muka I and I keep it maintained
until now. But kawan-kawan, I nak diingatkan sekali lagi, you kena tahu produk
apa yang bersesuaian dengan kulit muka you, dan apa-apa jenama produk yang you
put on your face, you kena bersihkan betul-betul sebelum masuk tidur. Kalau tak
cuci dengan betul, dia boleh buat pori you tersumbat dan mengakibatkan jerawat.
Untuk yang heavy make-up, I cadangkan you wajib pakai cleasing oil sebab dia
sangat membantu untuk benar-benar bersihkan kulit.
Kalau you perasan, mosturizer, toner dan sunblock
I dari jenama yang berbeza-beza. Maka, disebabkan itu, setiap satu produk
tambahan dalam amalan skincare I, I pakai satu-satu dalam tempoh 2 or 3 weeks sebelum
guna yang lain. Dengan harapan, kulit I tak terkejut dengan produk yang berbeza
dalam satu masa. Hahaha. and basically, I tak cerita secara details kebaikan
setiap satu produk sebab I tak pakar dalam bidang ini.
Oh ya, baru-baru ini I baru start nak guna
scrub. I baru try St. Ives, acne control. Dulu-dulu pernah pakai St. Ives yang
blackhead clearing tapi tak sesuai dengan muka I. Fobia dia sampai taknak pakai
srcub lagi selepas itu. Tapi scrubing ni sangat penting sebab dia boleh buang
sel kulit mati dan bersihkan pores yang tersumbat. Jadi, I paksa diri cari
produk yang bersesuaian dan gunakan. I baru pakai sekali, itu pun pada hari
Ahad, 16 Jun 2019 (tarikh pun I ingat). I fikir nak pakai seminggu sekali, tapi
benda yang kadang-kadang dibuat ni mudah terlupa (Mahathir pun pernah cakap
melayu mudah lupa). Tu yang lupa nak pakai sampai sekarang. Apa-apa pun, I akan
paksa diri untuk maintain guna scrub once a week.
sumber : google
Sekian, my basic skincare routine. Bye!