Tuesday, August 18, 2020

My current skin care (2020) - Combination skin

As salammualaikum semua. 

Apa khabar tu? Harap-harap semua sihat hendakNya. Aku doakan semuanya dalam lindungan Allah swt dan dijauhkan dari wabak Covid-19 ini. Allahumma Amin..

Fuh! Nak dekat setahun juga kan aku tak update apa-apa dekat blog ini? huhu. Janji tinggal janji. Kengkonon dulu nak kekal istiqomah dalam dunia blogging ini. Last-last ke laut dalam perginya. Aku kagum betul dengan orang-orang yang rajin menaip/menulis ni dengan idea yang kebaboom bagai mencurah-curah ke ladang gandum.. Macam mana ea korang boleh banyak idea nak berkarya dan nak kekalkan momentum menulis/menaip? Ada tips tak?.. hihihi.. Tapi takpe lah, aku cuba lagi ok?

Ok, kita tak nak panjangkan cerita yang tak berapa nak panjang ni. Takutlah kalau-kalau melalut lebih-lebih, jadi panjang pula kan? haa, kan dah panjang ni. hihi. 

Ok2, fokus.. Kalau korang mengikuti perjalanan kisah muka break out aku (boleh baca sini), inilah update terkini muka aku untuk tahun 2020.. Teruja tak?? sebut "terujaa" pleaseeeee. Hahaha. Bukan apa, kali ini aku dengan beraninya nak tunjuk muka aku yang break out dulu untuk tatapan korang. Dengan harapan, bila korang tengok gambar ini, korang rasa termotivasi dan tak berhenti untuk mencari produk yang sesuai dengan muka korang. Ya, aku faham.. kadang-kadang korang akan rasa putus asa, moody, nak menangis memikirkan bila benda ini akan berkesudahan. Tapi percayalah, sooner or later, In sya Allah akan sembuh.

So, for my current skin care, aku masih lagi menggunakan produk-produk dari Simple seperti micellar cleansing water, cleansing oil dan facial wash gel (boleh baca sini). Alhamdulillah, muka aku makin baik. Kadang-kadang tu tumbuh jerawat juga, tapi dah tak teruk macam dulu. 


Yang bawah ini pula ialah gambar-gambar dari tahun 2018 yang aku nak kongsikan dengan korang.. Ikutkan ada lagi teruk iaitu tahun 2017, tapi tak simpan gambarnya or tak ambil gambar waktu itu sebab tak berani nak tengok muka sendiri masa tu. huhu~~




Dan yang bawah ini pula ialah selepas muka dah sembuh dari jerawat. Happy me~



Sajalah aku nak share tips pada korang untuk tak nak ada jerawat kat muka. Tips ini nampak macam main-main, tapi ada kebenarannya juga,

1) Jangan tengok muka orang yang ada jerawat, cepat-cepat lah pandang benda lain.

2) Jangan mengata muka orang depan-depan. Contohnya: “eh, sisturr. kenapa teruk sangat jerawat tu.?” “cuba pakai produk ini, itu dan bla bla bla” dan;

3) Jangan mengata muka orang dalam hati. Contohnya: terskroll kat IG or FB muka orang yang berjerawat. “eh takotnya tengok muka dia”.

Sebab end up dia akan terkena kat muka sendiri. believe me 🤦🏻‍♀️💁🏻‍♀️🤷🏻‍♀️. Sebab aku sejenis yang nombor 1,2 and 3. And aku percaya salah satu punca muka aku breakout sebab inilah 😆😂

ohh ya.. yang no 4) Jangan pandai-pandai bagi nasihat / tips pasal jerawat. sebab tak esok or lusa or malam ni confirm akan naik jerawat. sebab aku pun sejenis yang nombor 4. confiden bagi tips kat orang, esok-esok naik jerawat. haha 😆

Apa-apapun, aku doakan semoga korang yang sedang struggle dengan masalah break out segera jumpa jalan penyelesaian. Amin.. Doakan untuk aku juga k, supaya tak berdepan dengan masalah ini lagi.. Apa-apa pun, jangan putus asa okay untuk cari produk yang bersesuaian dengan muka you. Semoga berjumpa lagi. Bye!

Tuesday, December 24, 2019

Back again! My skin care routine

As salam alaykum lovelies, 

Sihat semuanya? hihi.. It has been a while, and today I feel like blogging again.

Okay, entry kali ini adalah sambungan kepada posting I yang lepas berkenaan muka breakout. Seriously, until now I tak dapat jumpa punca kenapa muka I pernah breakout dulu.. I breakout for almost a year kot (Nov, 2017 until Nov, 2018). Jerawat tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Lepas satu, satu.. fuh! menangiss. But, alhamdulillah sekarang muka I getting better and much better.

Kalau you rajin baca or google, mesti you akan jumpa pelbagai tips dan yang paling famous ialah The 10 Step Korean Skin Care Routine. Yup! Itu yang I sedang amalkan. Tapi I tidaklah amalkan sampai 10 steps. I buat mana yang mampu je. huhuhu. Konklusi yang I boleh buat hasil penelitian dan pembacaan I, perkara paling basic nak jaga muka ialah first, kita kena cuci muka sebersih-bersihnya setiap hari (bukan setiap saat ya), and kedua, tahu jenis produk yang sesuai dengan jenis kulit muka kita. Macam mana nak tahu? Yep, melalui pembacaan ya kawan-kawan. I sangat berterima kasih kepada Iman Abdul Rahim sebab blog dia sangat-sangat membantu. #recommended!

Sebelum I ceritakan lebih lanjut tentang my skin care routine, I nak share with all, satu produk best yang I pernah guna.. Actually, lepas sebulan I pakai produk Aiken Tea Tree Oil, I bertukar kepada produk lain. Haha. I diperkenalkan dengan kawan untuk guna Teen Derm Gel (ISIS Pharma), beli kat farmasi. Excitednya nak cerita kat sini, produk ni sangat-sangat-sangat memberangsangkan. I pakai dalam seminggu, terus nampak kesan. Kalau sebelum ni, jerawat kat muka tumbuh macam cendawan tapi kali ini jerawat hilang satu persatu. Nak cakap muka bersih dari jerawat tu tidak juga, sebab ada juga jerawat manja yang timbul sikit-sikit tapi tidak terlalu banyak/teruk yang boleh buat I stress.. I sempat pakai sampai botol kedua then nak cari lagi dah tak jumpa. Bila ditanya, orang farmasi cakap produk ini tidak lagi dikeluarkan oleh syarikatnya. I pun tak tahu kenapa. Kalau siapa-siapa tahu ada produk ini kat pasaran, do let me know yah. Semestinya, I akan beli. 

 
sumber : google

Okay, back to my basic skincare routine.  

First things first. You kena tahu produk apa yang bersesuaian dengan kulit muka you dan sematkan dalam minda yang you kena cuci muka dengan bersih bermula dari bangun tidur, sehinggalah sebelum nak masuk tidur. Jadi, untuk amalan seharian pada waktu pagi, I akan lap muka dengan Micellar Cleansing Water dari Simple guna cotton pad. Next, baru I cuci muka guna Facial Wash Gel dari Simple. I mulakan amalan pencucian muka dengan dua produk ni sahaja masa awal-awal. Tak tambah benda lain sebab takut tumbuh jerawat (maksud tak tambah benda lain ialah tak pakai toner, mosturizer, sunblock). I amalkan for almost 2 or 3 weeks. Untuk pencucian muka pada waktu malam, selalunya lepas balik kerja or sebelum tidur I akan tambahkan Hydrating Cleansing Oil juga dari jenama Simple. Stepnya, micellar cleansing water > cleansing oil > facial wash gel. 

 

sumber : google

Lepas muka I dah makin okay dan kembali normal. Baru I berjinak jinak cari tambahan produk lain. I rasa macam tak lengkap kalau tak tambah. Haha. Jadi, I mulakan dengan tambah mosturizer. I guna mosturizer Aiken Tea Tree Oil (since I pernah pakai sebelum ni, jadi I tak beli baru dan guna produk yang masih ada di rumah). I guna mosturizer ini for almost 2 or 3 weeks. Lepas dah berpuas hati sebab jerawat tak tumbuh, I tambah pula sunblock dalam my basic skincare routine. Rasanya semua sedia maklum yang kita wajib pakai sunscreen/sunblock everyday.. lagi-lagi dengan cuaca di negara kita yang panas berdenting ting ting. Sunblock ni fungsinya bukan semata-mata nak halang cahaya matahari, tapi juga berfungsi melambatkan penuaan, kedutan kat muka, kawal pigmentation, jeragat, jerawat dan yang paling bahaya mengelakkan kanser kulit. Jadi, I guna sunblock, BB tinted treatment 12-hour primer Broad Spectrum SPF 30 sunscreen shade Medium. I guna sunblock ni as my light foundation. Kalau pergi kerja or ke kedai wajib pakai.

   
sumber : google
Lepas I dah yakin sekali lagi yang selepas guna mosturizer dengan sunblock tak naikkan jerawat kat muka, baru I cari produk lain sebagai tambahan basic skincare iaitu toner, Pixi Glow Tonic. I pakai toner ini dengan harapan ia boleh hilangkan parut jerawat, selain nak bagi muka nampak glowing (I baca review, dia cakap macam tu. Haha). Tapi kan, disarankan jangan guna toner ini kalau muka you tengah sarat dengan jerawat. Dikhuatiri boleh memarakkan lagi jerawat kat muka tu. Sebab setahu I, toner ini untuk memudarkan parut jerawat dan bukan untuk mengawal jerawat.

So, here is my acne journey and how I cleared my skin since January 2019 until present. Apa-apa pun, I bersyukur sangat-sangat yang semua produk yang I pakai ni berkesan dengan kulit muka I and I keep it maintained until now. But kawan-kawan, I nak diingatkan sekali lagi, you kena tahu produk apa yang bersesuaian dengan kulit muka you, dan apa-apa jenama produk yang you put on your face, you kena bersihkan betul-betul sebelum masuk tidur. Kalau tak cuci dengan betul, dia boleh buat pori you tersumbat dan mengakibatkan jerawat. Untuk yang heavy make-up, I cadangkan you wajib pakai cleasing oil sebab dia sangat membantu untuk benar-benar bersihkan kulit.

Kalau you perasan, mosturizer, toner dan sunblock I dari jenama yang berbeza-beza. Maka, disebabkan itu, setiap satu produk tambahan dalam amalan skincare I, I pakai satu-satu dalam tempoh 2 or 3 weeks sebelum guna yang lain. Dengan harapan, kulit I tak terkejut dengan produk yang berbeza dalam satu masa. Hahaha. and basically, I tak cerita secara details kebaikan setiap satu produk sebab I tak pakar dalam bidang ini.

Oh ya, baru-baru ini I baru start nak guna scrub. I baru try St. Ives, acne control. Dulu-dulu pernah pakai St. Ives yang blackhead clearing tapi tak sesuai dengan muka I. Fobia dia sampai taknak pakai srcub lagi selepas itu. Tapi scrubing ni sangat penting sebab dia boleh buang sel kulit mati dan bersihkan pores yang tersumbat. Jadi, I paksa diri cari produk yang bersesuaian dan gunakan. I baru pakai sekali, itu pun pada hari Ahad, 16 Jun 2019 (tarikh pun I ingat). I fikir nak pakai seminggu sekali, tapi benda yang kadang-kadang dibuat ni mudah terlupa (Mahathir pun pernah cakap melayu mudah lupa). Tu yang lupa nak pakai sampai sekarang. Apa-apa pun, I akan paksa diri untuk maintain guna scrub once a week. 

 
sumber : google

Sekian, my basic skincare routine. Bye!
 










 
Images by Freepik