Assalammualaikum semua, sihat ke tu? Diharap semuanya dalam keadaan sihat sejahtera. Amin.
Alhamdulillah, selesai baca buku pertama untuk tahun 2021. Tak lama pun sebenarnya habiskan buku ni, ditambah dengan penceritaan penulis yang sangat ringkas dan mudah dihadam. Cuma aku ambil masa untuk buat ulasan sebab kurang kepakaran dalam bab ini. Tapi siss tryy.
At first, aku beli buku ini sebab nampak ada penulis yang aku kenali iaitu @zahrahyunos90 . Pernah baca penulisan beliau. Sangat menginspirasikan untuk golongan pemula yang nak start membaca. Ditambah dengan nama-nama besar sebagai penulis, terus tak lepaskan peluang beli buku dengan @hoothootjualbuku .
Buku ini menarik sebab ditulis berdasarkan pengalaman membaca oleh 8 orang hebat (tapi 3 daripadanya tak begitu ku kenali). Penulisan buku ini lebih kepada perjalanan peribadi penulis sebagai pembaca buku sejak kecil. Kebanyakan mereka dididik dari kecil tentang keperluan membaca oleh ibu bapa dan ada juga yang terinspirasi dari karya-karya penulis hebat.
Bila dilihat kembali, patutlah mereka semua berjaya (dalam bidang masing-masing). Semuanya hasil buku-buku yang mereka baca yang mempengaruhi pemikiran mereka.
“Bangsa membaca terbukti sebagai bangsa berjaya” – Zahrah Yunos
“Apa yang membezakan manusia dgn manusia yg lain ialah pemikirannya. Dan faktor utama yg membentuk pemikiran seseorang, pastinya ialah pembacaan” - Syed Azharul Asriq
Aku setuju dengan penulis yang menyatakan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang sangat besar dalam memupuk peribadi membaca dalam diri anak-anak. Jujurnya, aku bukan dari kalangan keluarga sebegitu. Tapi aku bersyukur, minat membaca ni boleh dipupuk dan rasanya masih belum terlambat untuk aku. Cuma adakalanya terbit rasa terkilan, sebab lewat menjadikannya amalan. Harapnya, ibu bapa ambil berat perkara ini ya.
Apa yang best dalam buku ini, setiap penulis ada berkongsi buku2 kegemaran mereka yang sudahku senaraikan untuk dicari dan dibaca nanti. Hebat-hebat bahan bacaan mereka!
Tapi ada seorang penulis dalam buku ini yang gaya bahasanya terlalu tinggi. Ada banyak perkataan yang aku highlight sebab tak paham dan itu membantutkan pembacaan aku. Pernah juga rasa macam nak skip penulisan beliau ini, Tapi ku gagahi juga habiskan pembacaan demi niat menuntut ilmu. huhu. Mungkin aku sorang sahaja yang tak faham. tak pasti. Overall, semuanya best
Terima kasih penulis dan penerbit.
No comments:
Post a Comment